Monday, January 3, 2011

Bersamamu kekasih.....
telah mengenalkanku
erti kemesraan..
dalam meniti jambatan kasih sayang
mengharungi lautan cinta 
menyelami makna kehidupan 
telah kutemui 
sekuntum kasih yang agung
segugus cinta yang luhur
setangkai kehidupan yang mewangi..

Bersamamu kekasih....
maya ini terasa damai
ombak yang setia menghempas pantai
adalah setiaku padamu
tenang air di tasik
adalah lambang keluhuran cintaku..

Bersamamu kekasih
menjadikanku seorang lelaki yang tabah
dalam mencari jaluran cahaya
menerangi kehidupanku nanti...
dan telah ku benam hangat nadi
untuk memilikimu
dan aku akan tetap setia
kerana kaulah yang terakhir  dalam hidupku...

No comments:

Post a Comment